Jumaat, 29 Mac 2013

PAVLOVA


Assalamualaikum..
Jumpa lagi di sini alhamdulillah, walaupun badan tak berapa sihat disebabkan tonsil yang membengkak disertai demam urat..Doakan  saya cepat pulih.

Munculnya N3 pavlova petang ni hasil kerajinan minggu lepas sebenarnya, di samping nak menghabiskan stock strawberi yang tinggal sedikit.Lihatlah semua koleksi pic2 pavlova versi kekurangan buah untuk hiasannya, mentelahan melayan mulut yang kepingin sangat merasai kemanisan pavlova walaupun kekurangan stock buah-buahan yang sesuai ketika itu.Pernah buat tahun lepas, tapi tak menjadi disebabkan tersilap bubuh tepung jagung kepada tepung kastad, lepas tu serik..
Lain orang, lain penerimaannya..bagi saya pavlova adalah sejenis dessert yang sangat manis walaupun sedap...terpulang pada citarasa masing2.Saya sekadar ingin mencuba dan merasa...Terima kasih buat kak Irma atas sumber resepinya..Kalau teringin makan lagi, memang saya akan buat juga kot..heheee..

PAVLOVA
Sumber:Irma

Bahan-bahan:
4 biji putih telur
1 cawan gula kastor (saya guna 1/2 cawan)
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/ hiasan:
1  cawan (240 ml) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula  halus (saya tak letak, sebab whipping cream dah manis)
1/2 sudu teh sen vanila

Tips sebelum membakar:
1.Pastikan ketika mengasingkan telur putih dan kuning, pastikan tiada langsung telur kuning yang masuk dalam telur putih.
2.Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak.

Cara-cara:
1.Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan.
2.Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan.
3.Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat.
4.Masukkan esen vanila dan pukul lagi sampai sebati.
5.Masukkan tepung jagung dan cuka.
6.Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak.
7.Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis.

Masa membakar:
1.Panaskan oven pada suhu 150 darjah celcius.
2.Masukkan adunan meringue.Masak sehingga meringue bertukar menjadi coklat muda.(bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam).
3.Jangan keluarkan meringue terus dari oven.Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias:
1.Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental.
2.Masukkan gula dan esen vanila.
3.Masukkan whipped cream dalam plastik.
4.Bila mahu dihidangkan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong.



6 ulasan:

  1. Rajinnya awak ni Roha...kak ina ni kalau bukan utk buat jual, memang tak rajin nak buat apa2..he he... mudah2an awak cepat sembuh :)

    BalasPadam
  2. salam Rohah, kak ruby doakan Rohah cpt sembuh, dlm tak sht pun ttp rajin kan, cntik pula pavlova, kak ruby suka lah.......

    BalasPadam
  3. Salam....Rohah
    Semoga cepat sembuh & jgn lupa makan ubat.

    Cantik kejadian pavlova tu yati ada mencuba tapi masih belum mencapai tahap yang memuaskan.

    BalasPadam
  4. wah cantik lah pavlova Rohah jeles me lah mesti nak kena try jugak ni dah terliur sangat ni

    BalasPadam
  5. smg cepat sembuh rohah...nnti bule masak best2 lagi kan...
    akak tak penah buat dan tak penah makan pavlova dealova ni...tp ada kawan yg mintak tolong buatkan...tak sampai seru lagi..kalo nk buat akak ambik resepi ni yea...tengkiu!

    BalasPadam
  6. resepi akk mmng best2....

    BalasPadam