Isnin, 11 Mac 2013

KARI HIJAU THAI AYAM


Assalamualaikum..
Apa khabar semua rakan2 yang dikasihi??, semoga sihat di kala musim panas terik kebelakangan ni dan dapat menjalankan aktiviti seperti sediakala.
Hari ni bertemu dengan menu untuk hidangan tengahari atau malam yang sedap..Lama sudah ingin mencuba resepi kari ni, alhamdulillah tak sangka pula boleh buat on the spot sebab bahan2 mentah kebetulannya mencukupi di dapur.

Mula-mula baca resepi ni macam pening2 sikit, lama2 dok fahamkan barulah masuk kepala, sebab dah lama tinggal study kot..keh keh...Dapatkan sumbernya dari dewisakuntala MYR & Ceria Resepi dan resepi asalnya dimiliki oleh Thai Food.TQ untuk rakan2 kita ni.Ayuh ramei2 untuk cobain, bisa nokok nasi di pinggan deh...hehe..

KARI HIJAU THAI AYAM
Resepi asal:Thai Food

Pes Kari Hijau 
Bahan Kisar:
1-3 batang serai | hiris halus
1-10 biji cili hijau atau cili padi siam | hiris halus/ikut  pedas yang dikehendaki (saya guna cili besar hijau)
2 biji bawang merah | hiris halus
4-5 ulas bawang putih | cincang
1 inci lengkuas/halia (nak masuk dua2 pun boleh)
1/2 cawan daun ketumbar (termasuk akar dicincang kasar)-saya tak masukkan akarnya
1/2 cawan daun selasi atau  sweet thai basil
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh sebuk ketumbar
3 sudu besar sos ikan (nampla)
1 inci belacan
2 sudu besar jus limau nipis/ kasturi
1 sudu teh gula perang/biasa
1/4 cawan santan kelapa
1/2-1 inci kunyit hidup
1/2-1 inci lengkuas | hiris

Bahan Untuk Kari Hijau Ayam
1/2 ekor ayam (saya guna sekilo ayam)
5 helai daun limau purut
800ml santan cair
300ml pati santan
Pes kari hijau thai (resepi di atas)
Air suam
Air stok ayam (saya guna kiub ayam)
Jus limau nipis secukupnya
Sos ikan secukupnya
Gula secukup rasa

Bahan-bahan Sayur (boleh ikut selera sendiri)
Lada benggala hijau & merah | potong dadu
Kacang panjang/ kacang buncis | hiris serong
Tomato belah 2 atau 4
Terung | potong sederhana, jangan terlalu nipis
Boleh juga letak kentang
**suka ikut selera masing2

***(Saya guna 100gm terung pipit)

Cara:
1.Untuk Pes Kari Hijau Thai:Satukan semua bahan dalam alat pengisar.Kisar halus hingga semua lumat.Boleh digunakan terus atau disimpan dalam bekas bersih dan kering, masukkan dalam peti sejuk untuk tempoh 1 minggu.Untuk tahan lebih lama boleh simpan dalam freezer.
2.Untuk masakan:Dengan api sederhana, panaskan kuali dengan minyak dan tumis pes kari tadi sampai naik bau wangi.Kemudian masukkan santau kelapa dan kacau sebati.
3.Masukkan ayam dan kacau sebati.Kemudian masukkan adunan limau purut.Jika kurang air, tambah santan atau air stok ayam atau air suam.Kacau sebati.Tutup kuali dan biarkan mendidih.Kacau sekali sekala.
4.Apabila ayam sudah masak, masukkan bahan-bahan sayur.Tomato boleh dimasukkan akhir sekali kerana ia cepat hancur jika dimasak terlalu lama.Kacau selama 10 minit atau sehingga sayur masak.Jika kuahnya kurang masin, boleh tambah garam, atau gula.
5.Padam api dan kari sudah siap untuk dihidangkan.Hiaskan dengan daun ketumbar dan limau nipis.













17 ulasan:

  1. Pernah makan kari ni kat Thai restoren. Mmg best.

    BalasPadam
  2. huwahh... melly suka nih,thanks for sharing , kapan kapan mau buat juga..slurrp

    BalasPadam
  3. terliur tgok...rupa2 dh habisssssss..uwaaaaa..tgok bhn2 dulu ado tak ni.blh buat..

    BalasPadam
  4. wallahhhhhhh ketok uweenakkkkk bangeetttttt..njalok sitik mbakyu..

    BalasPadam
  5. wah sedappppp hijo je kan boleh try insyaallah tunggu mood dan cili hijo bnyak dulu

    BalasPadam
  6. hijau nya...lom pernah cuba lagi nie...

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum..emmm lama betul teringin nak masak ni tapi sebab rumah ni ada budak2, so terpaksa pendam je hasrat tu...

    BalasPadam
  8. sy pminat mknn thai..tp tak penah mkn
    plak kari ijo ni..ater kalo kt kedai siam tu..yg ada tomyam je..heheheh..nk buat sendiri..rasa cam tak cukup semangat pulak..muahahah

    BalasPadam
  9. x penah rasa kari hijau ni cmne....

    BalasPadam
  10. Cantik terung pipitnya tu Rohah... sekali pandang macam kacang leas pulak!

    BalasPadam
  11. Cantik kuah kari ni...hijo gitu....gambar pun cantek....

    BalasPadam
  12. nyum!! tun n hasben suka mkn thai n chinese food.. dlm buku resepi yg tun ada semua guna thai green curry paste, xjumpa lg.. ada resepi ni senang, nnti nk cuba jugak ^^

    BalasPadam
  13. Wah sai! Tu ari p pdg besaq,ade beli pes dia dgn pes padpet,tp safety operation procedure yg ttulis kt paket tu agak musykil.dia x suh tmbh air/stok ayam/santan. Just tumis pes then cempak segala ayam ke,daging ke atau kucen kalau suka. Brand hjh hadnah,ni dok usha2 kelogikan resepi tu compare dgn dlm nie.takut mo try lak,krg tetibe bila siap jd ayam msk kicap plak.hehe

    BalasPadam
  14. Wah sai! Tu ari p pdg besaq,ade beli pes dia dgn pes padpet,tp safety operation procedure yg ttulis kt paket tu agak musykil.dia x suh tmbh air/stok ayam/santan. Just tumis pes then cempak segala ayam ke,daging ke atau kucen kalau suka. Brand hjh hadnah,ni dok usha2 kelogikan resepi tu compare dgn dlm nie.takut mo try lak,krg tetibe bila siap jd ayam msk kicap plak.hehe

    BalasPadam
  15. Wah sai! Tu ari p pdg besaq,ade beli pes dia dgn pes padpet,tp safety operation procedure yg ttulis kt paket tu agak musykil.dia x suh tmbh air/stok ayam/santan. Just tumis pes then cempak segala ayam ke,daging ke atau kucen kalau suka. Brand hjh hadnah,ni dok usha2 kelogikan resepi tu compare dgn dlm nie.takut mo try lak,krg tetibe bila siap jd ayam msk kicap plak.hehe

    BalasPadam
  16. Kena cuba. Selalu masak biasa2, kena masak ala2 restoran kat pavilion la pulak. Nyam2. Tq share resepi ye!

    BalasPadam
  17. pekat hijaunye ye..slu mkn kari wane kuning2 oren..nie laen drp laen..interest..tq sharing=)

    BalasPadam