Assalamualaikum..
Boleh dikatakan jarang2 saya membeli udang, jika membeli pun kalau teringin nak makan atau terasa lama tak jamah udang..Selak2 majalah lama, terlihat resepi ni, kebetulan pokok kaduk yang saya tanam dah elok tumbuh walaupun tak merimbun sebab saya tanam dalam pasu.Sebaliknya pokok yang saya tanam di hamparan tanah tak hidup pulak...
Sedap betul bila udang dimasak begini, ada aroma pucuk kaduk yang agak special bagi saya.Dengan pedasnya yang menyengat tu, memang puas betul makan dengan nasi panas...Resepi di bawah adalah sukatan asas yang tertera di majalah, tapi untuk hidangan keluarga, saya telah gandakan sukatannya.Mana cukup dehhh...kalau ikut sukatan kat bawah tu...hihi..So terpulang kepada sesiapa yang ingin mencuba, semuanya bergantung kepada bilangan ahli keluarga masing2..Untuk resepinya boleh lintas langsung di bawah..
UDANG SAMBAL KADUK
Resepi:Majalah RASA
Bahan-bahan:
150gm udang
10 helai daun kaduk | hiris
3 biji bawang merah*
2.5 cm belacan*
10 biji cili padi*
2 biji cili merah* | *tumbuk
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Cara:
1.Panaskan minyak di dalam kuali.Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk.Kacau rata sehingga pecah minyak.
2.Selepas itu masukkan gula dan garam secukup rasa.Kacau sehingga sebati.
3.Kemudian masukkan udang dan daun kaduk.Gaul rata sehingga masak.
4.Angkat dan sedia dihidangkan.
Lain kali nak bawak batang kaduk dari Bukit Hijau... nak tanam! Kok kayaney enak temenlah udange kaey...
BalasPadamtak pernah masak letak daun kaduk ni..camne la bau dia ek..mesti harum kan rohah
BalasPadamas-salam
BalasPadamnpk sungguh menyelerakan udang sambal daun kaduk...1st time tgk sambal udang letak daun kaduk..
Asalamualaikum... Rohah.
BalasPadamWah, masak udang pucuk kaduk.... Mesti best rasanya.
Pokok daun kaduk yg saya tanam masih lagi kecik. Kalau dah besar nanti, bolehlah saya cuba resepi ni.
Camne ye rasanya ye kak....x penah pulak masak apa2 campur daun kaduk ni...
BalasPadamrasanya daun kaduk ni selalu makan mentah aje buat ulam.
BalasPadam