Jumaat, 1 Februari 2013

TUMIS TAUHU BERKUCAI BERSAMA CENDAWAN ENOKI

Assalamualaikum...
Salam pagi jumaat.Semoga membawa seribu keberkatan buat kita semua.Amin...Hari ini berkongsi menu tumisan yang simple, tapi memang sedap disajikan bersama nasi panas.Berbaloi juga jika diratah begitu saje..Selamat mencuba.

TUMIS TAUHU BERKUCAI BERSAMA CENDAWAN ENOKI
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
3 ketul tauhu | goreng & potong dadu besar
40gm daun kucai | potong
100gm cendawan enoki (1 paket)
1 labu bawang besar | hiris
3 biji bawang putih | hiris
5gm ikan bilis 
4 tangkai cili api | belah tengah
1/2 biji kiub knorr
Sedikit air
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Garam
Gula

Cara:
1.Panaskan minyak dan gorengkan tauhu separa masak.Angkat dan toskan.Potongkan dadu besar.
2.Tumiskan bawang besar, bawang putih dan ikan bilis hingga naik aroma.
3.Masukkan sedikit air (sedikit sahaja) dan kiub ikan bilis knorr, renehkan sekejap.Masukkan cendawan enoki, tauhu, daun kucai dan cili api.Gaul rata.
4.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Kacau sekejap tidak perlu lama.
5.Matikan api.

9 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak hee sdp tu lauk grg mcm ni ada tauhu sy suka tu.....ada sambal belacan, ikan kembung grg dah cukup :-)

    BalasPadam
  2. Kadang sy goreng sayur cmni...ratah je kak.....knyang juga.....:-)
    Yg simpel ni..kadang lgi best mknnya.....

    BalasPadam
  3. Sedap makan panas2 ni Rohah... angger aku tak jambali vaey...

    BalasPadam
  4. as-salam
    mak saya suka msk ni masih saya muda2 dulu..mkn dgn nasi panas2..wow!!!

    BalasPadam
  5. selalu masak enoki ngan sop...nak try lak nanti masak cam ni.

    BalasPadam
  6. Sedap makan taugeh dgn nasi panas2 dan ikan goreng , kan...

    BalasPadam
  7. sedapnye lauk tu..btul kata kak G tu..mkn dgn ikn grg n nasi panas mmg mabelesss

    BalasPadam