Isnin, 17 September 2012

TOMYAM PUTIH AYAM


Salam...
Sihat semua?? mudah-mudahan camtulah ye..syawal pun dah berlalu, rasa2nya masih rindu ngan lauk rendang lagi ke?.maybe dah ada yang jemu nak jamahnya untuk seketika ni sebab kita masih baru lagi meninggalkan syawal yang sinonim meriah dengan rendang2 gitu..Nanti kalau dah lama...mesti rindu kat rendang ayamlah, kuah kacanglah, nasi impitlah..percaya tak??tak tahulah orang lain, kalau saya memang biasa jadi macam tu.Bila dah lama tu, tetiba teringin makan set ketupat ngan rendangnya dan macam2 lagilah..
Jadi kalau tengah muak ngan rendang2 tu, apa kata kita buat tomyam yang simple je, pasti berpeluh2 segar bila kita dapat hirup kuah tomyam kan.Tomyam putih ni memang sedap.Gumbiralah anak2 saya bila tengok kuah tu tak merah..(kalau merah tu maknenya pedassslah!!..apa nak buat, dah memang anakanda2 ni tak tahan pedas.Mengalah je lah).. Ni kira versi saya yang nak cepat dan mudah, potong2 n campak2...Inspirasinya pun ikut pada label yang ada pada peket tomyam tu.Mudah je kan!!! Cepat dimasak, sedap dimakan!!


TOMYAM PUTIH AYAM
Inspirasi:Paket tomyam ADABI
Sumber:rohaisha

Bahan-bahan:
1kg ayam | potong sederhana kecil
Air secukupnya
2 paket perencah serbuk Tomyam Putih ADABI
1 labu bawang besar | potong lapan
6 tangkai serai | ketuk
6-8 tangkai daun limau purut.
Cendawan tiram secukupnya
2 batang lobak merah | potong kecil
1 biji limau nipis | ambil jusnya
Garam
Gula

Cara:
1.Masukkan ayam dalam periuk yang berisi air.Masukkan sekali perencah Tomyam Putih ADABI.Renehkan.
2.Setelah mendidih, masukkan serai, bawang besar, daun limau purut dan lobak merah.Biarkan hingga kesemuanya meresap dan lobak agak empuk.
3.Selepas itu barulah masukkan cendawan dan jus limau.perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4.Matikan api dan hidangkan.

10 ulasan:

  1. Assalamualaikum Rohah :D
    Kak Lin pernah cuba guna rempah tomyam ni...tapi tak sempat ambil gambar dah habis kena hirup! hehehe

    BalasPadam
  2. Salam, blogwalking & join yr site...emm, bulam posa hari tu kerap jugak buat tomyam ni. Memang sedap...

    BalasPadam
  3. Salam kak rohah! alahaiiiii.. sedapnya tom yum! tak pernah jumpa pulak tom yum putih masa balik mesia itu hari, secara ikhlas kita lagi suke paste tom yum mesia berbanding thai punya paste hihihi

    BalasPadam
  4. sedapnyer...nanti leh try guna rempah ni la

    BalasPadam
  5. tak pernah cuba lagi serbuk yg ni.. nak try jugak la rohah.. tq

    BalasPadam
  6. Bagus jugak idea ni Kak Rohah..
    pasni boleh la gue try masak tom yam putih..

    BalasPadam
  7. Sedap2....dah lama tak buat dan makan tomyam putih.

    BalasPadam
  8. Tumpang hirup kuahnya Rohah... segerrrrr

    BalasPadam
  9. sedapnya

    tak penah try pun tomyam putih ni, nanti nak try lah beli

    BalasPadam
  10. sedapnnya,akk pun kerap beli tomyam putih nie..x yah mkn dgn nasi..hirup2 jew..:)

    BalasPadam