Assalamualaikum..
Kembali bersiaran di petang hari...Semoga ceria-ceria selalu bersama tugasan harian.Petang yang redup ni bersiaran saya dengan menu sayuran ringkas dan mudah disediakan.
Biasanya tumisan ini mudah ditemui di majlis kenduri kendara masyarakat jawa..Ada kobis, ada soh hoon, ada tempe..3 sekawan ni memang tak boleh dipisahkan.Terjalin erat dalam kuali.Cuma sesetengah orang ada yang suka bubuh kicap, so warnanya kecoklat coklatan gitu, ada juga yang putih biase je, yg macam saya buat ni lah.Kalau nak rangup, tak usahlah goreng lama2, kalau nak berkuah tu, bubuhlah air sikit...Ala..rasanya semua pandaikan...hhhehe.O.klah, selamat meneruskan aktiviti harian ye..
KOBIS GORENG BERSAMA SOH HOON
Resepi:Rohah@Damai Qalbu
Bahan-bahan:
4 kelopak kobis bulat (saiz sederhana) | hiris
1 bungkus tempe | potong dadu lebar
1 labu bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
1cm halia | hiris
10gm ikan bilis (siap kopek)
20gm soh hoon | rendam seketika denagn air panas
Cili merah besar secukupnya | hiris
Cili hijau besar | hiris
Garam
Gula
Minyak masak untuk menumis
Cara:
1.Tumiskan bawang besar, bawang putih seketika kemudian masukkan ikan bilis dan tempe.Kacau rata.
2.Masukkan kobis dan soh hoon tadi.Gaul rata bersama garam dan gula.Tutup kuali seketika.(sekejap sahaja)
3.Masukkan hirisan cili merah dan cili hijau, kacau dan angkat.
note:Tidak perlu digoreng lama
salam rohah
BalasPadamsayur camnie mmg senonim dgn org jawa,sedapp..klu buh kicap pun sedapp:)
walah sedapnya
BalasPadamkalau ada tempe dgn suun ni mmg tak tolak lah, bertambah2 nasi heeee
Salam kak rohah.. dh tau dah, nmpk tempeh tu, sure resepi jawa.. hihi.... tun kalau makan ni, sure kutip suh hoon tu dulu ;)
BalasPadamEllerinize sağlık, çok güzel ve leziz görünüyor.
BalasPadamSaygılar..
Salam kak rohah! kita kalau dpt sayur ni tak pandang ikan atau ayam mmg kita ratah gitu jerr suke mkn sayur ajjerr :D
BalasPadamSalam Kak Rohah...sedap sayur ni...semalam Rahel ada tumis suhun ngan kubis gak,tp tak letak ikan bilis....uiiii sedap berselera...
BalasPadamkalau pergi umah kakak saya, mesti ada lauk mcm ni sebab hubby dia org jawoo.. hehe
BalasPadamsalam rohah..sayur cenggini rata camtu jer pun dh sedap kan!
BalasPadamAssalamualaikum Rohah :D
BalasPadamCik Abang kita suka makan sayur kobis goreng mcm ni...ada tempe, org jawalah katakan...bila tgk Rohah masak ni terasa laporlah pulak perut Kak Lin...ermmmm
salam kenal :)).. emm bestnya kalo sayur cam gini ratah je ...
BalasPadamSuka betul sayur kobis goreng macam ni. Tambahan ada tempe lagi.
BalasPadam