Ahad, 2 September 2012

DI PAGI SYAWAL 1433H



Assalamualaikum..
Salam lebaran buat semua...kita masih di bulan syawal lagi.Alhamdulillah...bermakna kita masih dapat menghirup udara segar dan masih diberi peluang bermukim dibumi Allah ini bersama insan2 tersayang.Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan kita insyaAllah...
Dah lama tak ketik2 dilembaran maya ni, terasa rindu juga.Maklumnya kita masih sibuk berhari raya dan meneruskan tradisi berhari raya selama sebulan selagi bulan syawal masih ada.Walaupun kemeriahan berhari raya di kampung sudah berlalu, tapi bila pulang ke rumah masing2  kemeriahan itu kita tempuhi pula di rumah sendiri, giliran berhari raya bersama jiran tetangga dan teman2 pula...
Di bulan syawal inilah kita dapat bersama2 keluarga dan bertemu sanak saudara, tak kira yang jauh mahupun yang dekat.Bahkan kerana kekangan masa, kekadang dengan adik beradik sendiri pun kita agak sukar untuk berkumpul semua, begitulah lumrah alam..Apapun kita bersyukur, sekalipun kekadang pertemuan itu tidaklah lama, namun kita dapat memeriahkan suasana hari raya dengan rasa penuh kesyukuran, yang penting dapat bermaaf-maafan di antara satu sama lain.Begitulah ukhuwah yang telah sedia kita pelihara, amin.
Jadi dikesempatan ini, sekali lagi saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Salam lebaran buat semua sanak saudara, rakan taulan dan pengunjung Damai Qalbu..Salam kemaafan dari saya, semoga ukhuwah yang terjalin sesama kita bertambah erat dan sentiasa dalam hidayah-Nya.



Ayahanda memulakan bicara dengan sedikit tazkirah & ucapannya

Ibunda yang sedang menghayati renungan syawal..

Ayahanda & bonda tercinta


Semoga kalian berdua sihat sejahtera..Amin

Sebahagian  yang ada dipagi 1 syawal  1433H musim ini..

4 ulasan:

  1. salam aidilfitri
    keluar pun gambar2 raya, suka tgk foto2 raya he he
    bersama family

    BalasPadam
  2. Aduhai... tersentuh hatiku mmelihat gambar ayahandamu dengan tazkirah di pagi syawal.... moga ikatan kekeluargaan terus harmoni!

    BalasPadam
  3. seronoknya beraya bersama ayah bonda... salam aidil fitri buat akak n famili

    BalasPadam
  4. Salam lebaran buat akak n family di sana :-)) Kita dtg braya ni kak :D suke tgk mak dgn ayah akak, teringat mak ayah kat kg, pdhal kita beraya kat kg jugak :D Minta maaf salah n silap, terkurang n terlebih, halalkan mana2 resepi yg kita ambik kat sini juga ya kak, moga ikatan silaturrahim kita berpanjangan insyaAllah!

    BalasPadam