Assalamualaikum..
Selamat berhujung minggu.Mesti macam-macam plan yang
akan dibuat untuk siang esok..
akan dibuat untuk siang esok..
Petang tadi sempat saya membikin Roti Labu coz nak
perabihkan baki labu..Dapatkan sumber untuk sukatannya
dari sebuah majalah, cuma saya olah sedikit mengikut
kesesuaian dan citarasa saya..Teramat lembut roti ni macam
roti kentang,maybe pengaruh labu yang membuatkan
strukturnya jadi sedemikian..Jomlah try..

ROTI LABU (PUMPKIN BREAD)
Adaptasi resepi:Roti Buah Naga (Chef Farid Alwi)
Sumber:Majalah SAJI
Olahan :Rohaisha
Bahan-bahan:
200gm tepung roti
50gm tepung jagung
25gm gula halus
25gm mentega
8gm yis kering
5gm pelembut roti (bread improver)
25gm susu tepung
1 biji telur gred A
Bijian labu secukupnya
Bahan B:
50ml air sejuk
Bahan C:
80gm labu | yang siap direbus kemudian dilenyek
Cara menyediakan:
1.Masukkan bahan A, bahan B dan C, adun sehingga kenyal.Tambah @ taburkan tepung secukupnya sekiranya adunan masih terlalu lembik.
2.Rehatkan doh selama 20 minit.Tutup besen dengan kain lembap.
3.Kemudian bahagikan doh kepada 60gm setiap bahagian.
4.Letakkan doh ke dalam bekas.Biarkan doh sehingga kembang.
5.Sapukan telur, taburkan biji labu dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 minit.
gebunya roti labu ni, wat sarapan dan minum petang pun bestttt..
BalasPadamAah kak, sedap dicicah dengan air milo...
BalasPadam