Assalamualaikum...
Sedapnya rasa dessert ni, tak sangka sesedap yang dirasa...Dah setahun lebih asyik membelek2 resepi ni,tapi asyik keberatan je nak membuatnye..Alhamdulillah berpeluang juga..Rasa clafoutis ni kurang manis, jadi jangan khuatir tentang tahap kemanisannya..Saya hanya dapat buat separuh adunan sahaja untuk resepi asal di bawah, memandangkan stock strawberi yang ada hanya cukup2 banyak tu je.Saya olah sedikit susunan ayat pada resepi ni untuk kemudahan semua.
STRAWBERRI CLAFOUTIS
Resepi:majalah RASA
Bahan-bahan:
300gm buah strawberi | belah 2
80gm tepung kek | saya guna tepung gandum yang diayak bersama 1 sudu kecil baking powder
80gm mentega tanpa garam | cairkan (saya guna buttercup)
60gm gula perang
100gm telur
150ml susu UHT
100ml esen vanila
Cara memasak:
1.Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius dan griskan dulang.
2.Pukul telur perlahan-lahan dan masukkan ke dalam mangkuk berisi tepung kek.
3.Seterusnya pukul mentga cair dan masukkan gula,esen vanila serta susu UHT.
4.Masukkan buah strwaberi di dalam acuan dan tuangkan adunan di atasnya.
5.Bakar selama 10 minit pertama pada suhu 180 darjah celcius dan selama 25 minit atau sehingga masak untuk masa seterusnya pada suhu 200 darjah celcius.(saya bakar dari mula sampai akhir guna suhu 200 darjah celcius).
6.Untuk memastikan ia telah masak, cucukkan pisau di dalamnya.Kek telah masak apabila ia tidak melekat pada pisau.
7.Akhir sekali, taburkan gula perang di atasnya dan biarkan seketika.Sedia untuk di makan.
Note dr rohaisha:
Sedap dimakan semasa masih suam-suam lagi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan