Assalamualaikum...
Camne nak buat cakoi ye?, sebab kalau nampak perkataaan "Alum" atau "Tawas" memang garu kepala dulu..Hari ni dapat gak try resepi cakoi yang mudah..Kalau baca step camne nak buat cakoi macam susah je nak buat..Apapun terima kasih buat ina di atas kesudiannya berkongsi resepi ni.Saya ada olah penyusunan ayat kat bahagian tatacaranya..
CAKOI MUDAH
Resepi:ina_lyna@myresipi
Bahan-bahan:
400gm tepung gandum
1 cawan air
1 sudu besar marjerin | cairkan
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sud bsar susu pekat manis
1 biji kuning telur
2 sudu teh yis kering
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Minyak untuk menggoreng
Cara menyediakan:
1.Campur semua bahan kecuali tepung.Kacau sebati.
2.Selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli.Jikalau terlembik sangat dan susah untuk menguli, tambahkan tepung sedikit lagi.
3.Perap doh selama 30 minit atau lebih, selepas itu bolehlah diuli lagi.
4.Canai agak-agak 4-5cm memanjang.Potong pendek anggaran 1-1.5 inci.Untuk mencantumkan kedua-dua cakoi, basahkan lidi dan gores di tengah-tengah cakoi pertama.Tujuannya untuk memastikan lapisan cakoi itu melekat.Selepas itu ambil satu bahagian lagi dan letak di atas cakoi pertama. (saya celupkan lidi sekali lagi ke dalam air dan tekan ke bawah kat tengah2 cakoi tu)
5.Setelah minyak panas, angkat cakoi tadi dan tarik sedikit sebelum dimasukkan ke dalam kuali.Saiz cakoi akan nampak panjang berbanding saiz asal iaitu setengah je,,,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan