Jumaat, 9 Disember 2011

KERUTUK AYAM


Resepi ni tak pedas...memang sesuai sangat untuk anak2 makan...Rasanya sedap kalau dimakan  dengan Nasi Briyani...
KERUTUK AYAM
 Sumber: Peket Kerutuk Ayam dan Daging (ADABI)
 Sumber: Rohaisha

Bahan-bahan:
500gm ayam
28gm rempah kerutuk
50 gm kerisik (sy guna 400gm shj)
300ml santan pekat
5gm asam jawa dibancuh bersama sedikit air
2 batang serai }di ketuk
Gula dan garam secukup rasa

Bahan A:
10 biji bawang merah }di tumbuk
5 ulas barwang putih }     

 Bahan B *(semua ditumbuk halus)
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas

Cara Memasak:
1- Bancuh rempah kerutuk dan A dengan sedikit air untuk dijadikan pes.
2- Panaskan minyak dan tumiskan bahan B bersama serai.
3- Setelah berbau wangi, masukkan bancuhan rempah dan tumis sehingga pecah minyak.
4- Kemudian masukkan ayam, kerisik, santan pekat, gula garam dan air asam jawa.
6- Masak sehingg pekat.
7- Sedia untuk dihidangkan..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan