Isnin, 21 November 2011

MUFFIN OREO

Assalamualaikum...
Apa khabar sahabat semua??...Saya nak share serepi muffin hasil idea saya di sini.Muffin ni dah 2 bulan dibuat..tapi sesaje nak entri , almaklumlah...baru berblogger...Semangat masih membara.Dah lama memikir sebelum ni; nak rasa "macammane" rasanya muffin oreo??.Tp lom jumpa lg resepi kat mane2 majalah @ pun sy dah terlepas pandang..wallahua'lam.Tetiba terfikir pulak nk cuba2 buat resepi sendiri.Dengan membuat sedikit rujukan dari pelbagai resepi muffin beserta semangat yg ada maka  jadilah resepi ni..Sebelum tu, meh kita tengok muffinnya dulu..
MUFFIN OREO
Resepi :Rohaisha

Bahan A:
250gm tepung gandum *
2 sudu kecil baking powder  |*campur semua bahan & 3 kali
1/2 sudu kecil teh soda bikarbonat *

Bahan B:
150gm gula halus
180ml susu cair
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telur
100ml minyak sayuran/masak

Bahan C:
10 tangkup biskut oreo | buangkan creamnya dan kisar halus
Coklat white chips |  tabur/secukupnya
Badam kisar | tabur/secukupnya

Cara:
1.Panaskan oven 180 drjh C.
2.Campurkan tepung gandum,baking powder dan baking soda bikarbonat dan ayakkan.Kemudian gaulkan bersama biskut oreo kisar bersama bahan ayak tadi.Ketepikan.
3.Dalam satu bekas berasingan satukan gula,susu cair, telur,esen vanila dan minyak.Kacau sebati.
4.Satukan kedua-dua bahan di atas secara kaup balik hingga sekata.Sendukkan 3/4 adunan ke dalam paper cup.Taburkan coklat white chips dan badam kisar.
5.Bakar muffin selama 25 minit atau sehingga masak.
Resepinya pun dah dimasukkan kat atas tu, so bolehlah kalau ada sesiapa yang nak mencuba resepi yang mudah ni..




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan