Assalamualaikum.
Dapat cencaru fresh hari ni.Sambar terus.Dalam kepala memang antara dua je, sama ada nak buat ikan sumbat kelapa ataupun sumbat sambal.
Tapi dah imagine kat kepala sumbatan kelapa tu macam enak je sebab dah lama tak buat, makanya start motor pergi kedai sekali lagi.Sanggup je kan 2 kali gi kedai..ahaakk.Camtu la kalau selera dah mula membara.
Bahan
6 ekor ikan cencaru
1 kelapa parut
1 biji bawang besar, kisar
1 ulas bawang putih, kisar
1 inci kunyit hidup,kisar
3 tangkai cili kering, (boleh tambah jika mahu) rendam air panas
Sedikit belacan (jika mahu)
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
Sedikit asam jawa, ambil patinya
Penyediaan
Bersihkan ikan.Hiris bahagian belakang badannya.
Kisarkan bawang besar, bawang putih, kunyit hidup dan cili kering.
Gaulkan bersama kelapa parut.Campurkan sekali gula, garam dan air asam.Sebatikan.
Sumbatkan ikan dengan bahan kelapa tadi.
Panaskan minyak sekadarnya.Goreng dan toskan.Nak panggang pun boleh.
Jangan lupa buat sambalnya, sambal belacan ke.Tapi saya buat cicahan air asam je..