Rabu, 8 Oktober 2014

ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum
Alhamdulillah, Si Kecik dan Umminya dah beransur pulih dari demam denggi.Seminggu kami demam dan hasil ujian darah yang kami jalani selama hampir seminggu, doktor mengesahkan kami 2 beranak mengalami demam denggi.
Sedia maklum pengidap demam denggi tiada ubat diberikan, kecuali banyakkan pengambilan cecair dalam badan dengan minum air kosong yang banyak.Rentetan dari tu, macam2 saya telan dengan minum hundred plus, air barli, sup ketam, jus daun betik dan jus buah kiwi dengan harapan dapat memulihkan keadaan dan menambahkan platlet darah.

Paling risau masa tu dengan Si Kecik, bab2 minum air ni memang perlu saya ingatkan pada dia setiap beberapa minit.Budak2, faham2 je lah, dia tak berapa faham dengan apa yang sedang berlaku dan bahayanya wabak denggi.Doktor sentiasa berpesan dengan dia supaya banyakkan minum air kosong, dia tetap mengangguk tanda faham...
Rentetan dari setiap hari dok ulang alik check darah, makanya raya korban tahun ni kami tak balik kampung.Dapur pun tak berasap. Selesai hubby solat sunat hari raya, kami bertolak ke hospital untuk ulang check darah.Ramainya orang kat hospital mak aiii...macam pasar pagi pun iye..huhuuu.Sekembalinya dari hospital makan pizza, orang lain sedap2 makan ketupat dengan rendang gamaknya..hihiiii.Dugaan yang harus diterima...
Semoga kami terus pulih selepas ni dan dapat melaksanakan aktiviti harian macam biasa..

7 ulasan :

Nina Mirza berkata...

Aamiin....
moga sihat seperti sedia kala hendaknya.

Unknown berkata...

alhamdulillah ya semoga bertambah sihat ibu dan anak ini hee

Nadz Nazharzan berkata...

Assallamualaikum rohah. Alhamdulillah Rohah dan si kecil telah sembuh dari wabak denggi.
Masih aktif Rohah berblogging ye. Nadz ni dah x aktif sgt..tp hajat nk masukkan N3 yg baru mmg sentiasa ada.

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

assalam
alhamdulillah
semoga sembuh sepenuhnya ya
akak penah sekali kena demam denggi ni
seram sejuk jg

Amie berkata...

Alhamdulillah.... Rohah... aku minggu wingi dino kemis tiba-tiba panas sejuk di sekolah... suami bawa lari ke klinik.. doktor terus minta ke hospital, katanya disyaki kena denggi sebab panas yang terlalu tinggi, dalam tempoh 1 jam 1/2 suhu aku boleh naik lebih 39'C... check darah di klinik tu jugak, alhamdulillah tak ada denggi... cuma kurang air dalam badan! Itu pun aku dah menggigil bila dioktor kata disyaki demam denggi!
Banyakkan minum air kosong ye...

asyifamustaffa berkata...

Alhamdulillah kak...sihat semua ya...x tau pula sy akak kena denggi..., lepas ni mmg kena pntau ler kwsan sekeliling kan...

Unknown berkata...

oakley sunglasses, air max, sac longchamp, tiffany and co, polo ralph lauren outlet, nike free, chanel handbags, longchamp, replica watches, longchamp outlet, louis vuitton outlet, ralph lauren pas cher, nike free, nike air max, replica watches, gucci outlet, kate spade outlet, tory burch outlet, nike roshe run, polo ralph lauren outlet, louboutin outlet, louis vuitton, ray ban sunglasses, prada outlet, ray ban sunglasses, uggs on sale, tiffany jewelry, louis vuitton, christian louboutin outlet, ugg boots, air jordan pas cher, nike outlet, longchamp pas cher, michael kors, burberry, louboutin shoes, louboutin pas cher, louboutin, oakley sunglasses, jordan shoes, louis vuitton outlet, ray ban sunglasses, longchamp outlet, louis vuitton, ugg boots, oakley sunglasses, prada handbags, nike air max, cheap oakley sunglasses, oakley sunglasses