Selasa, 18 Mac 2014

Terima Kasih Kakak...''AAMEEN..''

Terima kasih kakak Raudhah...
Masih ada yang mengingati dan mendoakan...alhamdulillah..
Cuma kali ni tiada kek yang terhidang dari air tangan ummi. Biasanya kakaklah orang yang paling excited suruh ummi buat kek, tak kira hari lahir sesiapa pun.
 Mungkin kakak memahami situasi sebenar kami semua.
''Sahabat2 semua, sentiasa doakan bonda saya sihat ye..''

Jumpa lagi.
'Aameen'....


Khamis, 6 Mac 2014

BINGKA PISANG TANDUK

Assalamualaikum..
Dengan izin Nya bersua lagi di sini, alhamdulillah.Terlalu lama rasanya saya menyepi kali ini, dan maafkan saya kerana lama sudah tidak bertandang ke blog kawan-kawan...Bukan sengaja, tapi keadaan benar2 tidak mengizinkan untuk saya berbuat demikian.

Buat rakan2 semua, doakan penyakit bonda saya reda dan mudah-mudahan mendapat kesembuhan dari Allah s.w.t.Mungkin doa kalian juga anatara doa yang mustajab in sha Allah.Itulah jawapan yang mungkin menjadi tanda tanya rakan2 di luar sana selama lenanya blog ini tanpa bicara..Hampir 3 minggu saya dan adik beradik bergilir dan berulang alik ke hospital menemani bonda di hospital.Semoga bonda dan kami semua tabah menghadapi ujian Allah ini.Aamiin.

Hari ni menu bingka pisang tanduk.Memang tak pernah pun saya buat bingka sebelum ni menggunakan isi pisang tanduk.Memandangkan ada pisang tanduk masak ranum, kalau digoreng pun terlalu lembik, kira berbaloi juga lah dapat buat bingka ni.Nak tahu rasanya macam mana, mestilah rasa pisang tanduk ye...eheeeee...selamat mencuba..
BINGKA PISANG TANDUK
Oleh; rohah

Bahan-bahan;
2 sisir pisang tanduk* [yg masak ranum]
1 cawan gula perang*
1 1/2 cawan santan*
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan minyak masak
1 biji telur*
1 1/2 sudu kecil garam

Cara:
1.Kisar kesemua bahan bertanda (*).Masukkan bahan kisar ke dalam bekas dan satukan dengan tepung gandum.Kacau dengan whisk hingga sebati.
2.Griskan loyang dengan marjerin.Masukkan adunan ke dalam loyang berukuran 8".
3.Panaskan oven dengan suhu 200 darjah celcius dan bakar adunan selama 1 jam.Tambah 5 minit lagi pembakaran menggunakan api atas sahaja 
4.Potong setelah sejuk.