Jumaat, 27 Disember 2013

AYAM MASAK KUZI

Assalamualaikum..
Kiranya ini adalah N3 pertama untuk Disember 2013..tak lama lagi 2014 pula menjengah..Lama sungguh Damai Qalbu menyepi kali ini, tapi syukur alhamdulillah, saya masih dianugerahi kesihatan dari yang Esa.

Hari ni bukan mimpi nak mengupdate blog sebenarnya...semenjak dari hari2 yang lepas lagi hati dah mula rasa rindu teramat nak menjenguk, tapi asyik tergangu niat dek macam2 perkara...wahhaaa...mengalahkan orang bekerja office..
N3 ayam yang perlu saya share sebagai warming up untuk Damai Qalbu kali ini iaitu masakan kuzi yang selama ini saya tercari2 resepinya.Saya mampu buat sebab bahan-bahannya mudah dicari berbanding rempah khas untuk sesetengah resepi kuzi yang sukar untuk diperolehi.Memang berbaloi sangat sebab sedap...Apa lagi...bolehlah cuba  ye..
AYAM MASAK KUZI
Resepi;Majalah Rasa [kitchen secrets]

Bahan-bahan; [saiz hidangan 4-5 org]
Langkah [1]
600 gm ayam, dipotong
1 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar sos ikan 
1sudu besar krimer sejat

Langkah [2]
2 sudu teh bawang goreng
150 ml Krimer sejat
1 biji limau diperahkan jusnya
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar marjerin
40 gm kismis
3 sudu besar sos tomato
3/4- 1 sudu besar gula / secukup rasa
1/2 sudu teh garam / secukup rasa
150 ml air

Bahan-bahan A
1 sudu teh lada putih, tumbuk
1 sudu teh lada hitam,tumbuk
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih

Bahan-bahan B
4 biji buah pelaga
4 biji buah cengkih
2.5 cm halia
3 cm kulit kayu manis
3 hiris lengkuas
1 biji cokmar

Cara-cara;
1.Perapkan kepingan ayam dengan serbuk kunyit, sos ikan dan 1 sudu besar krimer sejat selama sekurang-kurangnya 30 minit.
2.Campurkan bahan-bahan [A] dengan bawang goreng, krimer sejat dan jus limau.
3.Panaskan marjerin dan minyak masak dalam kuali, gorengkan kismis sehingga tembam.Keluarkan dari kuali dan ketepikan.
4.Toskan ayam dengan penapis untuk membuang cecair berlebihan sebelum menggoreng.
5.Gorengkan ayam sehingga kuning keemasan.Kemudian toskan.
6.Dengan minyak selebihnya, masukkan campuran dari langkah [2], sos tomato, air,gula dan garam.Biarkan sehingga mendidih.Kacau dengan rata untuk mengelakkan bahan-bahan daripada melekat pada kuali.Campurkan bahan-bahan [B] dan masak sehingga naik bau.
7.Masukkan ayam goreng dan masakkan sehingga kuah menjadi pekat dan daging ayam menjadi lembut.Masukkan kismis digoreng tadi ke dalam campuran.