Sabtu, 30 November 2013

KREP VICO


Assalamualaikum..
Krep Vico permintaan anak-anak..Memang dah lama tak mengkrep pun iye, rasa rindu pulak nak makan..Jamu mata lah ye...

KREP VICO
Resepi Asal;Adaptasi dari Krep Mangga
Oleh;Wendy Kor

Bahan-bahan Untuk Krepe [menghasilkan 24 keping krepe]
100 gm tepung [saya guna tepung gandum]
25 gm tepung kastad
10 gm tepung jagung
20 gm tepung ubi kentang
2 biji telur
60 gm gula [saya guna gula halus]
100 gm susu cair
250 gm air
10 gm minyak/ mentega cair

Cara Membuat Krepe
1.Ayak semua tepung dalam mangkuk besar.Kemudian masukkan gula, telur , susu cair dan kacau dengan menggunakan pemukul telur sehingga sebati.
2.Campurkan air, minyak dan gaul hingga sebati.Tapiskan adunan sekiranya adunan berketul.
3.Panaskan kuali pada api sederhana dan sapukan minyak atau mentega.
4.Tuangkan satu senduk adunan ke dalam kuali.Putarkan kuali dengan membentuk krepe yang bulat dan nipis.Setelah masak biarkan sejuk.

Bahan Untuk Inti
300 gm krim putar
Serbuk Vico/Milo secukupnya

Cara Membuat Inti
1.Pukul krim putar sehingga kembang.
2.Sudukan krim putar di tengah-tengah krep.Bubuh serbuk Vico/ Milo secukupnya.Sudukan lagi krim putar untuk menutup serbuk vico tadi.Lipat kedua-dua tepi krep dan gulungkan dengan kemas.






Khamis, 28 November 2013

CEKODOK ROTI

Assalamualaikum..
Seringkali ingin membuat cekodok roti, tetiba asyik delay je..maknanya asyik bertukar menu secara tiba2 bila dah turun ke dapur.Cekodok roti yang terhasil ni adalah berdasarkan pelbagai sumber di google, makanya alhamdulillah memang berpuashati.Santai di makan ketika bersarapan pagi..Mudah dan ringkas je bahan-bahannya.Tak terbilang juga dah berapa ketul yang masuk mulut ketika itewww..hi2..

CEKODOK ROTI
Oleh; Rohah
Rujukan ; Google

Bahan-bahan;
10 keping roti, siat kecil
1 cawan air panas
1 labu bawang besar, hiris
Udang kering geragau, secukupnya 
2 biji telur
Daun sup secukupnya, potong halus
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara;
1.Roti disiat kecil.Rendamkan dengan air panas seketika.
2.Sebatikan rendaman roti tadi dengan udang kering, hirisan bawang,daun sup, lada sulah, garam dan telur.Biarkan sekejap dalam tempoh 15 minit.
3.Panaskan minyak dalam kuali.Jemputkan ke dalamnya dan goreng sehingga kekuningan.
4.Hidangkan bersama sos dan mayonis.

Selasa, 26 November 2013

DAGING LADA HITAM

Assalamualaikum...
Dah seminggu lebih cuti sekolah berlalu.Saya jangka ramai yang mengambil kesempatan ini untuk bersama family tersayang.Saya doakan perancangan kawan2 semua dipermudahkan.

Alhamdulillah, masih lagi dapat menikmati daging korban tempohari.Selalu juga masak daging lada hitam.Kebiasaannya tidak jauh beza bahan2 yang digunakan dalam setiap resepi yang berbeza.Kali ni resepinya saya cuba dari majalah rasa.Masakan macam ni memang sedap dimakan dengan nasi putih panas.Sudah cukup memadai....kan.


DAGING LADA HITAM
Resepi;Majalah Rasa

Bahan-bahan;
500 gm daging lembu [saya hiris dan rebus 45 minit]
1/2 botol sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam kisar [resepi asal tak ada]
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan kisar;
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
5 gm halia

Cara memasak;
1.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
2.Kemudian masukkan sos lada hitam scukupnya.Kacau rata.
3.Seterusnya masukkan garam dan gula.
4.Akhir sekali, apabila telah mendidih, masukkan daging dan didihkan sehingga ia menjadi lembut.
5.Sedia dihidangkan.

Khamis, 21 November 2013

LOTUS PINK SEDANG MEKAR

Assalamualaikum..

Cuci mata je hari ni...Lotus Pink tauuu...

Pink kalerr sebenarnye...effect cahaya kot, jd purple bila disnap...



Jumpa lagiiii....

Isnin, 18 November 2013

TELUR ITIK MASAK LEMAK CILI API


Assalamualaikum...
Telur itik je....sedap kan kalau sesekali makan...Makan pun bagai tak hengattt..hi2..Macam nak cekup 2 biji sekali time makan nasi..
TELUR ITIK MASAK LEMAK CILI API
Oleh;rohah

Bahan-bahan:
6 biji telur itik
Santan secukupnya
3 ulas bawang merah | kisar
2 cm halia| kisar
3 cm kunyit hidup | kisar [guna kunyit serbuk jika takde]
15 biji cili padi merah | kisar
2 cm belacan | kisar
1 keping asam gelugur
2 tangkai serai | dititik
Garam
Gula
Minyak untuk menumis

Cara:
1.Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan kisar dan serai sehingga naik aroma.Masukkan santan dalam periuk.Kacau.
2.Masukkan/pecahkan telur setelah kuah mereneh.Tutupkan kuali dan masak dengan api sederhana.Kacau kuah sehingga telur mulai masak.
3.Perasakan dengan garam dan sedikit gula secukup rasa.
4.Matikan api dan hidangkan.

Sabtu, 16 November 2013

TAHNIAH...

Tahniah...alhamdulillah..

Tahniah, sekalipun UPSR tidak cukup 5 bilangan 'A' nye...
Usaha lagi untuk langkah seterusnya...

Assalamualaikum..
Mengambil kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah buat calon2 UPSR dan PSRA [selangor] 2013 yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.Kepada anak2 yang kurang memuaskan pencapaiannya, harap dapat menerima dengan rasa lapang dada, kerana peperiksaan ini merupakan titik permulaan bagi anda semua..Masih panjang langkah kalian, bermakna masih banyak lagi peluang yang boleh diusahakan bermula dari sekarang.Begitu juga dengan anak ummi, teruskan usaha, semoga Allah permudahkan segalanya...

Saya ingin berkongsi sedikit coretan dari page Ustazah Norhafizah Musa yang saya rasakan coretannya cukup bermakna buat tatapan ibu bapa semua..Cuba hayati dan renungi, semoga mendapat manfaatnya bersama.

Salam sahabat Fb semua,
Hari ini result UPSR diumumkan. Setinggi-tinggi tahniah dari ustazah untuk anak-anak dan para ibu bapa mereka yg telah berjaya cemerlang dan doa dipanjatkan kepada Allah agar anak-anak yang kurang cemerlang dan kurang berjaya terus mekar harapan dan usaha untuk menimba ilmu. Anak ustazah tidak terkecuali...pukul 11 pagi tadi, dengan ditemani abinya..ustazah lihat pemergiannya untuk mengambil keputusan upsr dengan wajah yang sangat ceria. " Ummi...takutnya...", tapi bibirnya mengukir senyum. Ustazah menanti kepulangannya dalam debaran...selepas hampir satu jam masa berlalu, anakanda ustazah pulang dengan deraian airmata. Ustazah rasa seperti dapat mengungkap apa yang berlaku. Perlahan abinya kata, " 3A 2B". Luncur ustazah menyambutnya dengan Alhamdulillah 'ala kullihal wa fi kulli hal. Anakanda ustazah terus menangis..dia mengharapkan result yang cemerlang seperti kakaknya supaya dapat bersekolah di sekolah yang sama. Ustazah biarkan dia menangis puas-puas...biarlah dia berseorangan dalam kamarnya, pasti saat dia menangis bermacam-macam yang terfikir di kotak ingatannya. Biarkan dia dewasa sebentar dengan kenyataan hidup. Kebetulan hari ini ustazah agak sibuk, ustazah teringat anakanda yang sulung akan pulang bercuti ke rumah malam ini. Ustazah hubungi si kakak, " kak long tolong belikan kad ucapan tahniah ya, sbb umi nak bagi kat adik". Jawab si kakak.," bukan 5A kan ummi..naper nak berkad2". Respon ustazah " kak long, walupun adik tak dapat 5A...tapi dia wajar menerima ucapan tahniah dari ummi..ummi nak menyanjung segala usahanya dalam menuntut ilmu sejak dari tadika kak long..8 tahun dia menuntut ilmu, berpagi2an bangun untuk ke sekolah. Pagi akademik, petang kelas agama..malam mengaji, macam2 pahit manis yang adik harungi sesuai usianya dalam kehidupan seorang pelajar..andai ummi tak menyanjungnya..adakah lagi orang yang lebih hampir dengannya melihat ketabahannya menuntut ilmu. Belikan kad yang cantiiiik sangat untuk adik ya kak long, umi nak tulis begini atas kad tersebut...

" anakanda ummi...setulusnya ummi mengucapkan tahniah atas istiqamahnya anakanda ummi menuntut ilmu dari kecil. Jangan menangis lagi...belajar menyenangi keputusan Allah. Senyumlah sayang...melihat masa depanmu. ADA AL-QURAN MENANTIMU..MENGUBAT KESEDIHANMU..MEMEKAR KEMBALI HARAPANMU..MASA DEPANMU BERSAMA AL-QURAN JAUH LEBIH INDAH DAN GEMILANG..ALLAH TELAH ATUR TAQDIR YANG SEMPURNA BUAT ANAKANDA UMMI. Dengan keputusan tersebut, anakanda ummi mungkin tidak memenuhi syarat untuk belajar di samping kak long...namun Subhanallah..ada yang lebih indah dari itu...barangkali dengan result tersebut, anakanda ummi akan menerima cadangan umi dan abi untuk memasuki sekolah tahfiz sepenuh masa..dan ummi berharap anakanda ummi yang menangis teresak-esak di birai katil sepanjang hari ini..akan Allah berikan kesempurnaan kebahagian saat anakanda umi menepati syarat untuk memakaikan ummi dan abi mahkota di akhirat kelak..Anakanda ummi al-hafizoh...bangunlah sayang..sujud syukur kepada Allah, ini permulaan sebuah taqdir kehidupan yang diatur Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Bijaksana."

Sahabat semua...doa ustazah untuk anak-anak kalian....dan ustazah berharapppp sangat..doa kalian untuk kesemua cahayamata ustazah. Semoga kita jadi ibu ayah yang tabah dan setia di sisi anak2..berdiri di samping mereka saat mereka berjaya atau sebaliknya..kita sudah melalui asam garam kehidupan. Tenanglah memperbaiki anak-anak kita. Rahmat Allah Maha luas...dengan rahmatNya kita semua melangkah di dunia hingga ke syurga..aameen.

syukran kathiran pada kalian semua para guru.

wassalam.


 Pelajar Mumtaz SRA Rantau Panjang

Tahniah abang..



Selasa, 12 November 2013

ASAM PEDAS TETEL LEMBU



Assalamualaikum
Lama sudah saya mengidamkan resepi ni...tapi jarang sekali kalau saje2 nak membeli daging di pasar.Alhamdulillah ada rezeki daging korban tempohari, dapatlah juga mengadaptasikan resepi asam pedas tetel ni..Sedap..Cuma saya olah sedikit resepi dengan merebus terlebih dahulu hirisan daging supaya lembut dimakan.Hasilnya memang berbaloi...Gigitan demi gigitan..heheeee.
ASAM PEDAS TETEL LEMBU
Resepi; Majalah Rasa

Bahan-bahan;
500 gm tetel lembu, potong kecil [saya rebus dulu hirisan daging selama 45 minit]
10 biji belimbing buluh, dibelah [x bubuh]
1 tangkai daun kesum
1 batang bunga kantan, dibelah
1 liter air [saya gunakan air ni untuk merebus daging]
Air asam jawa secukupnya
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan kisar;
20 tangkai cili kering
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2.5 cm halia
2.5 cm lengkuas
3 batang serai
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih

Cara memasak;
1.Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2.Kemudian masukkan air sehingga mendidih [saya masukkan air rebusan daging].Masukkan pula tetel dan air asam jawa.Perasakan secukupnya.Biarkan tetel sehingga menjadi lembut.
3.Setelah itu masukkan daun kesum dan bunga kantan.Biarkan mendidih.
4.Akhir sekali, tutupkan apiu barulah dimasukkan belimbing buluh dan biarkan lembut sedikit.
5.Sedia dihidangkan.

Isnin, 11 November 2013

PULUT KUKUS vs SAMBAL IKAN BILIS


Assalamualaikum...
Jamu mata ngan pulut bercicahkan sambal ikan bilis ye..Asalnya nak makan pulut ngan kelapa parut je, tapi terlajak buat sambal pulak propanyerrr..hi2..

Pulut
Bahan-bahan:
1 kg cawan beras pulut | rendam 1 jam
5-6 cawan santan/ secukupnya [sukatan paras permukaan pulut dan lebihkan sedikit]
1 sudu besar garam
2 helai daun pandan
2-3 sudu besar minyak masak

Cara:
1.Panaskan air dalam kukusan.
2.Satukan pulut bersama santan, garam dan daun pandan, kukus beras pulut selama 20 minit.
3.Buka penutup periuk, kacau pulut dan tuangkan minyak masak.Sebatikan.Kukus semula pulut selama 30 minit atau sehingga masak.
4.Siap untuk dihidangkan.

**jika pulut masih peroi, boleh tambahkan santan.

Sambal Ikan Bilis
Bahan-bahan:
50gm ikan bilis | cuci, toskan
50gm cili kering*  
1 labu bawang besar | hiris
6 ulas bawang merah* 
4 ulas bawang putih*
2 cm halia*| kisar bahan bertanda  (*)
Sedikit asam jawa
Air secukupnya
Garam
Gula
Minyak masak   

Cara:
1.Tumiskan hirisan bawang besar, bahan kisar hingga beraroma dan naik minyak.
2.Masukkan ikan bilis dan kacau rata.Biarkan sekejap.
3.Masukkan air yang dibancuh bersama asam jawa secukupnya.Renehkan.
4.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Biarkan sekejap.
5.Tutup api.

Jumaat, 8 November 2013

BENGKANG UBI

Assalamualaikum..
Rasa macam nak makan bingkang lagiii..dapnyerr lah..Hari tu buat bingka kak mama saranur ni...lama dok aim resepi dia..sedap lembut je kak..Tenkiu resepinye ye..

BENGKANG UBI
Resepi;mama saranur

Bahan-bahan;
5 cawan ubi yang siap diparut
2 1/2 cawan santan pekat
1 1/2 cawan gula [ikut manis pun boleh]
Garam secukup rasa
Pewarna kuning

Cara;
1.Ubi yang diparut ditapis dulu dengan penapis kelapa, biar airnya berwarna kuning turun dalam 10 minit gitu [petua supaya tak pening dan angin].Lepas tu buang air tersebut, tapi sagunya berwarna putih diambil digaul bersama ubi tadi.Campurkan gula, garam, pewarna dan santan pekat.
2.Loyang disapu dengan mentega dan panaskan sebentar.Baru masukkan adunan ubi yang telah sebati dan bakar dalam 1 jam setengah, suhu 200'C api atas dan bawah.
3.Sejukkan betul2 baru potong.

Khamis, 7 November 2013

KEK RUSSIAN BLACK n WHITE


Assalamualaikum..
Ni bukan resepi asal Kek Russian Black n White yea..tapi ala2 gitu..Rujukan untuk membuatnya saya berguru di sini, di blog cida d Nuanza..Bolehlah terjah blog beliau untuk step by stepnya..

Kek coklat asas yang terhasil pula adalah bersumberkan dari kak izan myr [maaf sbb tidak besertakan link, sbb dulu2 lupa nk salin link].Saya pernah mencubanya suatu ketika dulu, boleh rujuk di SINI.Sedap kek ala2 ni...rugi tak cuba..hi2..
Kek Asas
MOIST CHOCOLATE CAKE
Sumber:
k.izan Myr [tiada  link]
Oleh :rohah

Bahan-bahan: (loyang 9''x3")
2 cawan tepung gandum     } diayak
2 sudu kecil baking powder} bersama
2 cawan gula halus
4 biji telur gred A
250 gm butter
2 sudu kecil esen vanila

Bahan:(Bancuhan Koko/Pes Coklat)
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas
1/2 cawan susu cair @ fresh milk


Cara memasak:
1.Untuk membuat bancuhan koko: Masukkan serbuk koko, gula halus dan air panas dalam periuk.Jerang atas api perlahan, kacau rata sebentar hingga berkilat.Tutup api dan biarkan sejuk dalam suhu bilik sekejap.Tuangkan susu cair, kacau dan ketepikan.
2.Sementara itu, pukul rata gula dan butter hingga kembang.
3.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
4.Masukkan esen vanila dan gaul rata.
5.Masukkan tepung berselang seli dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata.Masukkan dalam loyang dan bakar selama 1 jam pada suhu 180'C menggunakan api atas bawah.

GANACHE

Bahan untuk ganache [buat sehari sbelum guna]
100 gm whipping cream
250 gm coklat hitam
2 sudu besar mentega

Cara:
1.Campur semua bahan.
2.Masak secara double boil sampai coklat larut.
3.Biarkan semalam hingga ganache jadi pekat [boleh dipaipkan].

Bahan untuk cream cheese
500 gm cream cheese
250 gm butter
120 gm gula aising
1 sudu kecil serbuk nescafe [boleh letak lebih kalau rasa nak lebih]

Cara:
1.Campur semua bahan kecuali nescafe.
2.Mix sampai sebati dan gebu.
3.Selepas itu ayakkan nescafe.
4.Sebatikan.

Cara hias:
1.Potong kek kepada 4 bahagian
2.Ambil 1 lapisan kek, letak atas papan kek.
3.Masukkan adunan cheese dalam piping beg, paipkan ke sekeliling kek.Diikuti adunan ganache, berselang seli hingga habis.
4.Ambil sekeping kek, letakkan di atas, ulang step, paipkan adunan cheese dan ganache.Buat sampai habis semua 4 keping.
5.Pada lapisan kek yang ke-4, paipkan adunan cheese [sahaja] keseluruh kek kemudian ratakan.
6.Simpan kek dalam peti sejuk selama 1/2 jam.

Salutan ganache:[masak lagi satu adunan ganache]-guna resepi tadi
1.Tak perlu biarkan semalaman
2.Cuma sejukkan ganache selama 15 minit.
3.Boleh terus tuang atas kek yang disaluti cheese tadi.