Khamis, 27 Jun 2013

MOGA SEMBUH SEPERTI SEDIAKALA..


Assalamualaikum...
Selama 7 hari saya mengalami demam diikuti sakit kepala dan pening berterusan.Telah dirujuk di hospital dengan membuat ujian darah dan doktor mengesyaki saya mengalami demam denggi.Namun tidak ditahan di wad kerana bacaan platlet saya masih kategori stabil, tetapi perlu berulang alik ke klinik kesihatan berhampiran untuk membuat ujian darah ulangan bagi memastikan tahap bacaan platlet saya bertambah ok atau tidak.Semalam hari last saya membuat ujian darah, namun doktor yang memeriksa saya menafikan pula saya mengalami tanda2 demam denggi kerana darah putih saya pula bertambah.Mungkin disebabkan jangkitan virus dalam badan.Bertambah tak tenang pulak rasanya hati saya.Walaupun demam dah stabil, tetapi gejala pening, sakit kepala dan lemah badan  masih dirasai sesekali.Nasihat doktor yang bertugas supaya saya banyak minum air kosong..Doakan saya terus pulih..Jumpa lagi, insyaALLAH..

Khamis, 20 Jun 2013

FEVER

Salam semua, jumpa lagi bila demam saya dah kebah ye...

حَدَّثَنَا مَالِكُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا هِشَامٌ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْحُمَّى مِنْ فَيْحِ جَهَنَّمَ فَأَبْرِدُوهَا بِالْمَاءِ

yang bermaksud:
Malik bin Isma’il menceritakan kepada kami, (ia berkata) Zuhair menceritakan kepada kami, (ia berkata) Hisyam menceritakan kepada kami (yang diterima) daripada Urwah (yang berasal) dari ‘Aisyah r.a. (yang diterima) dari Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demam panas adalah dari serpihan api neraka Jahannam, maka dinginkanlah dengan air.”                                                                      
(sahih al-Bukhari, no. 3023) 

Sakit demam itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api neraka”. 
(HR. Al-Bazzar, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadiits ash Shohihah no. 1821).

Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, kerana sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”. 
(HR. Muslim no. 2575).
Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.
(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).
Kredit;Adana Shop

DOA DEMAM PANAS ATAU BIASA

 
Sumber; Ustaz Hanafi
Kredit;Adana Shop

Selasa, 18 Jun 2013

AYAM MASAK HALIA


Assalamualaikum
Selamat bersiaran dan bersua lagi.Berkongsi menu ayam hari ni, dah sebulan lamanya menu ni langsai..alhamdulillah sedap sangat dan santai menikmatinya TQ untuk Kak Liza atas resepinya dan juga buat Kak Yatie yang sudi share  resepinya di blog beliau.

AYAM MASAK HALIA
Resepi:Kak Liza
Sumber:Yatie

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam (potong kecil, basuh bersih & toskan)
3 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air*
1 sudu kecil tepung jagung* -bancuh bersama
1 sudu kecil lada hitam- ditumbuk kasar
1 pokok daun bawang / daun sup- potong pendek
1 biji buah tomato- belah 4
1/2 batang karot- potong kecil
Minyak untuk menumis
Garam dan sedikit gula

Bahan Hiris:
5 cm halia
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah

Cara:
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
2.Masukkan ayam, lada hitam, sos tiram dan kacau rata.Masukkan sedikit air dan tutup.
3.Masakkan ayam sehingga lembut.Masukkan karot dan gaul sebati.
4.Masukkan bancuhan tepung jagung.Biarkan sehingga pekat.
5.Masukkan tomato buah dan daun bawang.Kacau rata.
6.Tutup api, angkat dan bolehlah dihidangkan.








Ahad, 16 Jun 2013

MARKISA SLICE CHEESE CAKE ..Selamat Hari Bapa


Assalamualaikum..
Selamat Hari Bapa untuk ayahanda tercinta juga especially hubby di sisi..Besar pengorbanan kalian berdua yang bergelar seorang bapa, kerana kalian berdua, kini aku berada di sini.Semoga pengorbanan kalian diberkati.

Atas pujukan anak dara, saya telah berjaya menyiapkan sebiji kek sempena Hari Bapa yang jatuh pada hari ni...Asal ada kek katanya, sebab ummi tak bagi apa2 kat abah, ujarnya..ahaii...
Yahh, ummi bersetuju, mentelahan saya sememangnya ada cadangan untuk membuat kek keju yang bertoppingkan buah markisa yang saya  beli di Cameron Highland minggu lepas.Susah nak jumpa buah tu di pasar2 biasa.

Kek yang terhasil dari kepingan keju ini sangat gebu dan lembut bila disuap ke mulut.Baik struktur dan rasanya sama seperti Cotton Soft Japanese Cheese Cake..Tak ada topping pun dah cukup lunak untuk dinikmati.Walaupun kek saya ni dimasuki air bain marie, kek ni tetap sedap dijamah bersama isi markisa yang masam2 manis..TQ buat Ros@ jintanmanis kerana sudi berkongsi resepi kek ni.

MARKISA SLICE  CHEESE CAKE
Resepi:Ros@Jintan Manis(SLICE CHEESE CAKE)
Bahan-bahan:   (loyang 18 cm)
4-5 slice keju cheddar
200 ml susu segar
70 gm butter atau marjerin
70 gm tepung gandum - diayak dahulu
70 gm gula
4 biji telur saiz M
Beberapa titik esen vanila

Cara-cara:
1.Carikkan cheese slice kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.
2.Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slices cheese tadi cair.Kacau sentiasa.
3.Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4.Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
5.Di dalam bekas lain, pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan ke dalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.
6.Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunna rata.Gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas.Curah adunan kek ke dalam acuan.
7.Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah celcius selama 40 minit.Gunakan acuan kek 18 cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan struktur kek yang elok teksturnya.
8.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.Kek ini lembut dan ringan, tak rugi mencubanya.

Peringata:pastikan meringue betul-betul kental, cara nak tahu meringue dah kentaL ialah dengan cara mneterbalikkan bekas adunan dan meringue tidak akan jatuh.Kalau tak guna cara bain marie pun tak apa, janji ikut suhu betul2.

Topping
Oleh:rohah

Bahan-bahan:
3 biji buah markisa - ambil isinya
2 sudu kecil gelatin halal*
1/3 sudu kecil agar-agar* -rendam bersama beberapa minit.
40 ml air*
1 sudu kecil gula

Cara:
1.Satukan gelatin halal dan serbuk agar-agar bersama air.Biarkan beberapa minit.
2.Tambahkan gula, masak sejekap atas api perlahan dan kacau hingga likat, masukkan isi buah markisa, kacau sebati dan matikan api.
3.Sejukkan pada suhu biasa sekejap kemudian masukkan dalam peti ais anggaran 10 minit.
4.Ratakan di atas permukaan kek.Hidangkan.
Dari Si Abang


Dari Si Kakak

Jumaat, 14 Jun 2013

Menu Berpantang;HARUAN KUKUS


Assalamualaikum..
Menu ni dah berlalu 3 minggu yang lepas.Ringkas tapi sedap dengan  aroma minyak bijan yang harum.Bukan dalam pantang pun boleh je menikmatinya sebab dah kompem sajian sihat...Sedap tau, belum cuba belum tahu.. ;D

HARUAN KUKUS
Oleh;rohah

Bahan-bahan;
1 ekor ikan haruan- saiz besar
3 cm halia- tumbuk
2 ulas bawang putih- tumbuk
Lada hitam secukupnya- tumbuk
Garam secukup rasa
Minyak bijan secukupnya
Daun sup secukupnya

Cara;
1.Didihkan air dalam periuk kukusan.
2.Sediakan bekas yang sesuai.Urapkan ikan dengan bahan yang ditumbuk bersama sedikit  garam.Titiskan minyak bijan.
3.Kukus selama 20 minit.
4.Hidangkan bersama hirisan daun sup.

Rabu, 12 Jun 2013

AMBON MELAYU

Assalamualaikum...
Nak share resepi ambon a.k.a apam yang sedap hari ni, tapi kena buat tapainya dulu.Kalau ada nasi lebih, cubalah buat tapainya dulu dan simpan 2 hari pada suhu biasa.Kalau terlebih hari peram nasi tu pun tak apa, tak busuk pun..

Apam yang dibuat menggunakan tapai lagi sedap berbanding apam yang tak menggunakan tapai..kenyal dan lemak saya rasa.Time nak  mengukus saya buat 2 versi, sebahagian saya sapukan minyak pada acuan terlebih dahulu, sebahagian lagi saya tak sapukan minyak pada acuan.Result yang saya dapat, apam yang merekah terhasil dari acuan yang saya tidak sapukan dengan minyak..tapi sebenarnya saya tak pasti adakah itu semua mitosnya..



Jika dilihat pada pic resepi di buku asal, ambon tersebut sememangnya merekah riang dan tidak perlu sapukan minyak pada acuan ketika mahu mengukus.Tapi bagi saya semua tu adalah menjadi cerita yang kedua, cerita yang pertama, ambon ni tetap SEDAP sekalipun tak merekah..itu yang penting..he heee..

AMBON MELAYU
Sumber:Buku KUIH -Local Pastry

Bahan A (tapai)
400 gm nasi
4 1/2 sudu kecil yis- saya guna mauripan
2 sudu besar gula

Bahan B
250 gm tepung beras
75 gm tepung gandum
200 gm tapai
1 sudu kecil serbuk penaik berganda  (Baking Powder double action)

Bahan C (sirap)
210 gm gula 
210 gm air

Bahan D
250 gm air suam
1 1/2 sudu kecil eno
1 sudu kecil serbuk penaik berganda- (Baking Powder double action)
Pewarna merah secukupnya

Cara:
1.Satukan bahan A, biarkan selama 2 hari.
2.Masakkan bahan C sehingga gula larut.
3.Ayak tepung dan baking powder di bahagian B, satukan kesemua bahan di bahagian B tersebut dan ulikan menjadi doh.
4.Tuangkan sirap ke dalamnya.Terus menguli untuk seketika.Ketepikan selama 20 minit.
5.Tuangkan air suam dan sedikit pewarna merah dari bahan D.Satukan.Masukkan ENO dan serbuk penaik berganda.Satukan.Masukkan bahan A.Satukan.
6.Tuangkan adunan ke dalam acuan cawan.Kukus di dalam pengukus selama 25 minit.

Selasa, 11 Jun 2013

TALAPIA MASAK LEMAK KENCUR

Assalamualaikum...
Pagi ni tayang lauk...lauk minggu yang lepas, sebelum cuti sekolah..Menu pebret saya..kalau tiba bulan puasa entah mengapa nak makan lauk masak lemak kencur, tapi bila dah lepas waktu sahur mulalah mulut rasa kurang selesa dengan rasa cekur yang power tu.. 

Kalau yang sewaktu dengannya, biasanya selain ikan talapia ni, saya guna ikan keli atau ayam..memang mahu tambah nasi jadinya.Aroma buah cekur itu sendiri yang memainkan peranan besar..mungkin ada yang kurang gemar, tapi bagi saya aromanya menyumbangkan peranan yang hebat dalam masakan..
TALAPIA MASAK LEMAK KENCUR
Oleh: rohah

Bahan-bahan:
8 ekor ikan talapia saiz sederhana-goreng lembap
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
5 bibi cili padi merah*
5 biji cili padi hijau*
6 cm buah/ biji cekur*
1 cm halia*
2 cm kunyit hidup*
3 cm belacan*-tumbuk bhn bertanda (*)
Daun cekur secukupnya- hiris halus
200 ml santan kotak 
3 cawan air
Sedikit air asam jawa
Garam secukupnya
Sedikit gula
Minyak masak untuk menumis

Cara:
1.Lumurkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit, goreng lembap dan toskan.  
2.Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi, masukkan air dan santan kotak.Biarkan mesra.
3.Masukkan ikan talapia dan hirisan daun cekur.Renehkan sehingga kuah meresap.Perisakan dengan garam dan gula.
4.Angkat dan hidangkan bersama lebihan hirisan daun cekur.

nota; org jawa panggil cekur sebagai kencur

Ahad, 9 Jun 2013

PUDING JAGUNG


Assalamualaikum..
Bersiaran kembali setelah seminggu menyepi di Damai Qalbu. Berkesempatan sekejap saya BW pada khamis yang lalu.Mana2 yang belum sempat saya jejak, insyaAllah jika berkelapangan saya akan jejaki juga.Harap semuanya sihat2 ye..(bukan sihat sebab terlebih makan tauuu..) eheehee..

Dalam sibuk bercuti makan angin dalam negara (orang lain ke luar negara), rindu juga pada Damai Qalbu dan rakan2 semua, tapi tak sempat nak on9 lama2 kerana keletihan..jeling2 sikit je yang termampu..


Hari ni tayang puding jagung je...memang puding ni acapkali saya buat sebab tak jemu2 menjamahnya.Resepi dari seorang sahabat lama.Pernah saya N3 kan dulu di SINI ketika baru berjinak2 dengan blog.Kejadiannya sentiasa elok sepanjang saya mengenali puding ni..Resepinya saya catatkan kembali di sini sebagai rujukan..
PUDING JAGUNG 
Resepi: Za
Olahan:rohah


Bahan-bahan:
1 tin jagung
1 tin tepung kastard 
(ikut sukatan tin jagung)
4 1/2 tin santan (ikut sukatan tin jagung)
Garam
Gula secukupnya

Cara:
1.Campurkan kesemua bahan dan kacau dahulu agar sebati.
2.Kemudian masak atas api sederhana dan kacau selalu agar tidak bergentel.
3.Tutup api apabila adunan telah menggelegak dan tuang ke dalam loyang.
4.Biarkan sejuk baru potong.